Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Public Diplomacy Workshop for Junior Level Officers

pdw main

Pusat Kepimpinan, Perundingan dan Diplomasi Awam (LNPD) telah menganjurkan Bengkel Diplomasi Awam untuk Pegawai Peringkat Junior bermula 23 hingga 25 Mei 2023 dengan jayanya. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh 22 orang peserta dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Tourism Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Majlis Amanah Rakyat, Jabatan Perdana Menteri, Balai Seni Negara, Istana Budaya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Jabatan Peguam Negara, dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Bengkel ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan penjawat awam tentang kepentingan diplomasi awam dalam mempromosi dan melindungi kepentingan Malaysia. Bengkel ini juga menyediakan kepada para peserta dengan strategi diplomasi awam melalui kemahiran pengurusan media dalam menangani sebarang penyebaran maklumat salah. Bengkel selama tiga hari ini menampilkan sesi kuliah interaktif yang menyediakan maklumat eksklusif dan penting kepada para peserta. Para peserta juga menjalani latihan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi mereka dengan menggunakan peralatan dan taktik dalam mengendalikan masyarakat awam melalui media tradisional dan baharu, seperti Facebook, Twitter dan TikTok. Mereka juga turut diajar untuk menyediakan siaran dan kenyataan akhbar.

Para peserta menjalani aktiviti-aktiviti menarik yang dikendalikan oleh para pakar. Bengkel Diplomasi Awam untuk Pegawai Peringkat Junior telah memberi perspektif baru tentang kepentingan media dan diplomasi awam serta menggunakannya dengan berkesan bagi menyebarkan dasar-dasar kerajaan.

                pdw 1  pdw 2  pdw 3

fbk

twt

int

tk

yt