Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

PWP: Professional Writing Programme 2024

pwp2024 main

Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) telah menjalankan kursus PWP: Professional Writing Programme pada 24 hingga 25 Jun 2024. Kursus ini mendapat sambutan dari 14 peserta dari Wisma Putra dan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, diantaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Pelabuaran, Perdagangan dan Industri, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Kementerian Pendidikan, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada hari terakhir kursus, para peserta telah dianugerahkan dengan sijil kehadiran kursus.
PWP telah menawarkan pendedahan terhadap komponen bertulis yang merangkumi komunikasi e-mel, dan laporan. Selain itu, aspek penulisan mesej segera dan media sosial juga diberi penekanan sebagai elemen tambahan kepada modul. Penekanan khusus diberikan pada struktur pembentukan ayat dan perenggan bagi mencapai objektif penulisan yang berkualiti. Kepentingan nada dan tanda baca juga diterapkan dalam modul kursus PWP.
Matlamat kursus juga adalah untuk memberi pengalaman berkursus yang menarik kepada para peserta, maka sesi praktikal dalam penulisan e-mel, media sosial dan laporan juga diselitkan sepanjang kursus.
Selain daripada itu, penulisan yang dihasilkan oleh para peserta juga mendapat semakan dan maklum balas daripada pegawai Bahasa Inggeris yang mengendalikan kursus tersebut.

 

  pwp2024 1  pwp2024 2  pwp2024 3

fbk

twt

int

tk

yt