From Hate to Hope
Fokus Buku
"From Hate to Hope" bertujuan menangani isu kritikal berkaitan ucapan kebencian yang merentasi sempadan geografi dan memberi kesan negatif kepada masyarakat di seluruh dunia dengan:
- Menganalisis kesan buruk ucapan kebencian terhadap komuniti dan negara.
- Membincangkan persimpangan kompleks antara ucapan kebencian dengan isu kaum, agama, dan nasionalisme.
- Menyorot trend baharu dalam ucapan kebencian.
- Menilai kerangka kerja nasional Malaysia dalam menangani ucapan kebencian.
Objektif
Tujuan utama buku ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan sosial dengan menggariskan langkah-langkah praktikal yang menekankan:
- Kepentingan diplomasi dan komunikasi yang berkesan; dan
- Pendekatan menyeluruh yang melibatkan Kerajaan dan semua pihak berkepentingan—terutamanya rakyat Malaysia—dalam merangka dan melaksanakan inisiatif yang berkesan untuk menangani ucapan kebencian.