Kursus ‘Effective Speaking Skills 2/2011’ (Kemahiran Berpidato Secara Berkesan 2/2011) yang dilaksanakan mulai 26 hingga 29 September 2011, telah dihadiri oleh dua puluh dua (22) orang pegawai dari beberapa kementerian dan agensi kerajaan. Objektif utama kursus ini adalah bagi mempertingkatkan kemahiran pengucapan awam (pidato umum) kepada para peserta. Mereka diketengahkan melalui tahap penyediaan dan perancangan yang berbeza bagi membuat persembahan melalui pelbagai aktiviti dan latihan simulasi.