Bengkel Pelan Strategik ICT (ISP), IDFR, 2013 – 2015 (Siri 3) telah diadakan dengan jayanya pada 9 hingga 10 September 2013 di Melaka. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Zulkifli Yaacob, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat, merangkap Pengarah Projek Jawatankuasa Pembangunan ISP, IDFR 2013 – 2015 dan telah dihadiri oleh seramai 13 orang peserta terdiri dari pegawai-pegawai IDFR yang mewakili Bahagian masing-masing. Perunding ISP MAMPU yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Zahari Othman dan dibantu oleh Puan Sukhaila Angsor telah turut diundang untukmengendalikan bengkel dua (2) hari tersebut.
Bengkel ISP ini adalah kesinambungan daripada Bengkel ISP (Siri 2) dan juga bengkel terakhir dalam fasa pembangunan ISP, IDFR dengan objektif utamanya adalah seperti berikut:
• Menambahbaik/mengemaskinikan deraf penulisan ISP mengikut bab oleh setiap kumpulan;
• Menyemak deraf penulisan ISP antara ahli kumpulan secara cross checking; dan
• Memurnikan deraf dokumen ISP untuk dibukukan.
Penekanan yang diberikan semasa bengkel ini adalah proses penambahbaikan dan pemurnian ke atas deraf dokumen ISP yang terdiri daripada tujuh (7) bab utama dan satu bab Ringkasan Eksekutif. Secara keseluruhannya, pihak Pasukan Perunding ISP, MAMPU membuat rumusan bahawa deraf dokumen tersebut telah mencapai tahap 90% siap. Proses pengemaskinian deraf penulisan oleh pihak Pegawai Pengurusan Projek (PMO) dan semakan oleh pihak Pasukan Perunding ISP, MAMPU akan dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) minggu, dan disusuli dengan Majlis Sign Off Projek Pembangunan ISP di antara pihak IDFR dengan MAMPU, yang dijangka diadakan pada 30 September 2013.
Dilaporkan oleh: Pegawai Pengurusan Projek (PMO) ISP, IDFR
Seksyen ICT, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat