Para peserta telah menghadiri program penempatan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India dari 30 Julai hingga 4 Ogos 2023. Program ini telah mendedahkan peserta-peserta DiD 2023 kepada pengalaman diplomasi dan silang budaya yang tidak dapat dilupakan. Para peserta elah membuat lawatan ke Rashtrapati Bhavan, iaitu tempat kediaman Presiden India serta ke tapak warisan UNESCO, Makam Humayan. Mereka juga telah mengadakan sesi bersama Prof. Kishan S. Rana, seorang bekas diplomat, yang telah berkongsi pengalaman yang amat bernilai, terutama dalam mempromosikan kepentingan negara.
Peserta DiD juga berpeluang untuk mempelajari mengenai diplomasi India di Kementerian Hal Ehwal Luar, di mana Encik Arindam Bagchi telah memberikan taklimat mengenai diplomasi awam mereka. Di Invest India, mereka telah didedahkan kepada rancangan dan usaha kerajaan India untuk memacu perniagaan di persada antarabangsa. Lawatan ke Asian–African Legal Consultative Organization (AALCO) pula membuka mata peserta kepada kepentingan diplomasi undang-undang serta peranan penting Malaysia. Selain itu, Pihak Tourism Malaysia telah berkongsi rancangan mereka untuk menarik lebih ramai pelancong India ke Malaysia sewaktu lawatan ke pejabat Tourism Malaysia di New Delhi.