Pada 4 - 5 Mac 2024, Pusat Diplomasi Bahasa dan Budaya (CLCD) telah menjalankan kursus ASEAN 2025: Workshop on Language of Meetings and Negotiations. Kursus ini dihadiri empat puluh peserta dari Kementerian Kesihatan Malaysia, bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mereka mengenai proses rundingan dengan mengadaptasi istilah utama Bahasa Inggeris dan strategi untuk memudahkan pemahaman yang lebih baik mengenai ASEAN daripada cara kerja, prosedur, dan proses membuat keputusan.
Sepanjang dua hari, peserta mendalami siri modul rundingan yang komprehensif bagi memperoleh pengetahuan berkaitan teknik, instrumen dan strategi rundingan. Mereka juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam simulasi ASEAN, merunding dokumen ASEAN, dan menyelidik kajian kes mengenai krisis kesihatan sambil menggunakan strategi dan teknik yang praktikal dalam seni rundingan. Setiap sesi diketuai penceramah terkemuka yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dan pakar bidang dalam rundingan untuk memastikan pelbagai perspektif dan kepakaran dibentangkan.
Kursus yang transformatif ini telah mencetuskan perbincangan berilmiah serta memberi pengetahuan yang bermanfaat. Dengan pendedahan ini, para peserta lebih bersedia untuk menjalankan proses rundingan yang lebih berkesan bagi ASEAN 2025.