Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Written

Kursus Kesiapsiagaan dan Pengurusan Krisis

 

CMP Main

Pusat Kajian Politik dan Diplomasi Ekonomi (PSED), IDFR telah menganjurkan Kursus Kesiapsiagaan dan Pengurusan Krisis pada 14 hingga 16 Mac 2023. Kursus ini telah disertai oleh seramai 13 orang pegawai daripada pelbagai Kementerian/Agensi termasuk Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Pembangunan dan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tourism Malaysia, dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).


Matlamat utama penganjuran kursus ini adalah untuk mendedahkan para pegawai kerajaan dengan ilmu dan kemahiran dalam mengurus krisis dengan lebih efektif dan efisien. Antara modul yang dianjurkan adalah Pengenalan kepada Krisis dan Konflik, Titik Puncak dalam Krisis, Peranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Sewaktu Krisis di Luar Negara, Pengurusan Dokumen dan Aset Kerajaan, Komunikasi Berkesan Sewaktu Krisis, Proses Evakuasi dan Peranan Diplomat Sewaktu Berkhidmat di Luar Negara.


Pada 14 dan 15 Mac 2023, kursus ini telah diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur manakala pada hari terakhir pula satu sesi latihan simulasi pengurusan krisis telah dijalankan di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR). Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara praktikal kepada para peserta dalam mengendalikan krisis sewaktu bertugas di negara tuan rumah. Beberapa orang penceramah jemputan yang terdiri daripada tokoh akademik, pengamal dan pakar dalam bidang pengurusan krisis telah diundang untuk berkongsi ilmu serta kepakaran mereka dengan para peserta.

 

                     CMP 1   CMP 2  CMP 3

fbk

twt

int

tk

yt