Rabu, 05 Februari 2025

faq  contact us  feedback  Peta laman

Written

The International Protocol and Diplomacy Course For Minister's Senior Private Secretary

 susk main

Pusat Kepimpinan, Rundingan, dan Diplomasi Awam (LNPD), IDFR telah berjaya menganjurkan Kursus The International Protocol and Diplomacy Course for Minister's Senior Private Secretary pada 31 Mei 2023.

Kursus ini diwujudkan khas untuk Pegawai Sulit Kanan (SUSK) Menteri dari semua kementerian dengan objektif untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai protokol antarabangsa dan perkara-perkara diplomasi, meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta mengenai selok-belok hubungan antarabangsa dan memupuk rangkaian dan hubungan yang membina di kalangan peserta kursus. Para peserta telah diberikan pengetahuan berkenaan dasar luar Malaysia dan menjadi kepentingan untuk bekerja bersama (working as one) ke arah mencapai matlamat bersama untuk mempertahankan kepentingan Malaysia. Kepentingan protokol dalam hubungan antarabangsa juga telah diberi penekanan dalam kursus ini.

Kursus ini telah dihadiri oleh SUSK daripada Kementerian Luar Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan, Kementerian Kerajaan Tempatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Komunikasi dan Digital.

Kursus ini telah berjalan secara sangat interaktif dimana para peserta dan telah mengemukakan soalan penting dan relevan, berkongsi pengetahuan, pandangan, pengalaman kerja dan cabaran mereka dalam tugas harian kepada para penceramah. Para peserta memberikan ulasan yang sangat baik terhadap kursus, dan berpandangan telah mendapat satu pandangan baru dan segar mengenai isu-isu yang berkaitan dengan hubungan antarabangsa.

Pada majlis penutup, Encik Hamizan Hashim, Pengarah Pusat Kepimpinan, Rundingan dan Diplomasi Awam, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan aktif sepanjang kursus berlangsung. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah dan penceramah atas perkongsian pengalaman dengan para peserta. Beliau sekali lagi menegaskan kepentingan protokol dan diplomasi antarabangsa untuk dihayati dan difahami kerana elemen ini penting bagi memastikan imej Malaysia di peringkat antarabangsa dilindungi dan dijaga.

            susk 1  susk 2  susk 3

fbk

twt

int

tk

yt